AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI NOTIS DAN KEBENARAN

Dengan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta tersebut”) sejak 15 November 2013 dan mengikuti dengan ketat Seksyen 7 Akta tersebut, kami di VOLVO CAR MALAYSIA SDN BHD, subsidiari-subsidiari kami dan syarikat-syarikat yang berkaitan, termasuk kumpulan syarikat-syarikat Volvo Car (selepas ini dirujuk sebagai “Volvo Car Malaysia”) dan juga pengedar-pengedar kami (secara kolektif dirujuk sebagai “kami” atau “kita”), berhasrat untuk menjamin anda bahawa kami mengambil privasi anda secara serius dan adalah komited kepada perlindungan data peribadi pelanggan kami.

Notis bertulis ini (“Notis”) bertujuan untuk memaklumkan anda tentang hak-hak anda berkenaan dengan data peribadi anda yang sedang diproseskan atau yang sedang dikumpulkan dan selanjutnya diproses oleh kami atau bagi pihak kami.

Selaras dengan pematuhan kami dengan Akta tersebut dan komitmen kami, kami berhasrat untuk memaklumkan bahawa data peribadi anda (termasuk data peribadi sensitif dan apa-apa maklumat tambahan yang mungkin anda kemudian memberikan kepada kami) seperti nama, penghormatan, gambar-gambar, No. Kad Pengenalan atau pasport, jantina, kaum, agama, kumpulan etnik, kewarganegaraan, tarikh lahir, umur, alamat-alamat, butir-butir kenalan, butir-butir kad kredit, status perkhawinan, butir-butir keluarga terdekat anda, butir-butir pekerjaan dan pendapatan anda, butir-butir pinjaman, butir-butir harta, butir-butir perujuk, data cara hidup, hasil pemeriksaan latar belakang dan data lain yang berkaitan yang dikumpul dari anda atau dari dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan di perenggan di bawah, boleh digunakan untuk tujuan-tujuan:

• melaksanakan aktiviti pra-kontrak dan obligasi kontrak kami yang berkaitan dengan anda termasuk menilai dan/atau memproses apa-apa permohonan yang dikemukakan oleh anda;
• memastikan anda melaksanakan obligasi pra-kontrak dan kontrak anda terhadap kami;
• memberikan anda akses kepada, dan memantau penggunaan anda terhadap platform kami (“Platform”);
• memudahkan pembelian anda dan penyediaan satu jualan;
• mengurus dan berkhidmat perhubungan kami dengan anda dan memberikan anda dengan khidmat pelanggan yang lebih baik;
• menjalankan kaji selidik pasaran, penyelidikan atas perancangan, produk analisis trend, barangan dan perkhidmatan;
• menghantarkan pengemaskinian, risalah, bahan-bahan pengiklanan dan promosi, bahan komersial;
• mengesahkan kedudukan kewangan anda melalui penilaian kredit/semakan laporan dan menjalankan pemeriksaan latar belakang, jika perlu;
• mengesahkan dan melaksanakan transaksi kewangan berkenaan dengan bayaran yang dibuat oleh atau kepada anda dan mentadbir dan memproses apa-apa bayaran berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan yang diminta, dibeli atau dibekalkan kepada anda;
• menjemput anda untuk menyertai acara, program dan aktiviti lain yang dianjurkan atau ditaja oleh atau bagi pihak kami;
• mendapatkan nasihat profesional dan menguatkuasakan hak-hak kami;
• berkomunikasi dengan anda dan membalas kepada pertanyaan anda;
• memberikan anda dengan maklumat atas produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami;
• melaporkan kepada apa-apa pihak berkuasa yang berkaitan;
• membalas kepada apa-apa tuntutan atau proses undang-undang;
• penyediaan dan pengemukaan apa-apa tuntutan dan bayaran kepada mana-mana pihak atau untuk apa-apa audit/pemeriksaan oleh mana-mana pihak untuk apa jua tujuan berkaitan dengan perniagaan kami;
• membolehkan kami untuk membalas kepada permintaan anda untuk sesi pandu uji;
• membolehkan anda untuk menggunakan perkhidmatan sokongan kami seperti menyertai forum pemilik-pemilik kereta Volvo;
• memenuhi/mematuhi apa-apa kehendak undang-undang atau kawal selia; dan
• tujuan-tujuan lain yang berkaitan dengan perkara di atas.

(secara kolektif, “Tujuan” tersebut).

Data peribadi anda adalah dan akan dikumpulkan dari anda dan/atau dari pengedar-pengedar kami dan/atau dari maklumat yang anda telah memberikan dalam dokumentasi yang anda telah memberikan kepada kami, semua permohonan, pendaftaran atau borang-borang permintaan (sama ada elektronik atau sebaliknya) yang anda telah melengkapkan, bersama dengan apa-apa maklumat lain yang mungkin kami mendapatkan tentang anda dari komunikasi-komunikasi lisan atau bertulis dan/atau apabila anda menggunakan Platform kami atau bertanya tentang produk/perkhidmatan kami.

Kami boleh menyimpankan data peribadi anda untuk tempoh yang munasabah untuk membolehkan kami memenuhi Tujuan tersebut.

Kami juga boleh mendedahkan atau berkongsi data peribadi anda, yang telah dikumpulkan dari pelbagai sumber yang dinyatakan di atas, kepada rakan-rakan kongsi niaga dan syarikat-syarikat bersekutu kami seperti yang berikut:

• mana-mana entiti dalam kumpulan Volvo Car Malaysia dan kumpulan syarikat-syarikat Volvo Car;
• mana-mana pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada kontraktor, peniaga, pengedar, perunding, peguamcara, ejen, juruaudit, majikan, rakan kongsi, rakan kongsi usaha sama, pengiklan, pembeli, pengendali rangkaian, syarikat pengurusan harta, pembekal perkhidmatan dan produk (termasuk mereka yang membantu kami menyediakan Platform kami), syarikat-syarikat bersekutu, apa-apa pihak berkuasa yang berkaitan (kerajaan/bukan kerajaan), kedutaan, badan-badan berkanun, badan-badan kawal selia dan institusi kewangan Volvo Car Malaysia;
• Mana-mana orang lain yang di bawah kewajipan kesulitan kepada Volvo Car Malaysia;
• agensi pelaporan kredit dan agensi semakan latarbelakang;
• penerima serah, penyerah, penerima pindahan atau pemindah kami, sebenar atau berpotensi, yang berkenaan dengan hak, kepentingan, obligasi dan/atau harta yang berkaitan dengan urusan/kontrak antara anda dan kami;
• pihak ketiga disebabkan oleh penstrukturan semula atau pelaksanaan korporat yang sebenar atau berpotensi (termasuk tetapi tidak terhad kepada penggabungan, pengambilalihan dan/atau penstrukturan semula perniagaan, aset dan/atau liabiliti kami); dan
• Organisasi-organisasi yang membekalkan arkib, pengauditan, nasihat profesional, kutipan hutang, insurans, pemasaran, perbankan, pengiklanan, rumah mel, penghantaran, pengambilan, pusat panggilan, teknologi, penyelidikan, utiliti, program kesetiaan dan perkhidmatan keselamatan.

Kecuali yang tersebut di atas (yang anda dengan ini memberikan kebenaran anda), data peribadi anda tidak akan dipindahkan dengan sengaja ke mana-mana tempat di luar Malaysia atau didedahkan dengan sengaja kepada mana-mana pihak ketiga.

Untuk Tujuan tersebut, kami atau rakan-rakan kongsi peniaga dan syarikat-syarikat bersekutu kami boleh menghubungi anda melalui pos, emel, telefon, SMS, fax atau apa-apa bentuk komunikasi elektronik untuk memaklumkan anda tentang perkhidmatan atau produk yang mungkin menarik minat anda.

Anda juga membenar kepada pemindahan kami data peribadi anda kepada negara-negara di dunia di mana Volvo Car Malaysia ada urus niaga yang tidak menyediakan tahap perlindungan data yang sama seperti di Malaysia, kalau diperlukan untuk tujuan-tujuan di atas. Jika kami membuat pemindahan sebegitu, kami akan meletakkan satu kontrak untuk memastikan data peribadi anda adalah dilindungi.

Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada data peribadi anda (di mana kami akan mengenakan anda bayaran yang ditetapkan), untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda atau meminta kami berhenti memproses atau tidak memulakan pemprosesan data peribadi anda untuk maksud pemasaran langsung, untuk menarik balik persetujuan anda yang telah diberikan kepada kami (sepenuhnya atau sebahagiannya), untuk meminta pembetulan maklumat dan data peribadi anda, dan untuk menghubungi kami tentang apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda, dengan menghubungi:

Marketing & PR Department
Volvo Car Malaysia,
Lot 01-13A, 13A Floor
Menara Symphony
No. 5 Jalan Prof. Khoo Kay Kim, Seksyen 13
46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

or e-mail us at the following address:

mycare@volvocars.com

Kami berusaha untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi yang kami kumpulkan dan/atau proses adalah ditunjukkan dengan tepat dalam sistem kami mengikuti dengan butir-butir yang diberikan oleh anda. Oleh itu, ketepatan data peribadi tersebut bergantung sebahagian besarnya atas maklumat yang anda memberikan kepada kami. Sila maklumkan kami dengan serta-merta di alamat di atas jika data peribadi anda yang diberikan kepada kami adalah salah, tidak tepat atau tarikh luput.

Ia adalah wajib untuk anda memberikan kepada kami data peribadi yang dinyatakan sebagai wajib dalam borang kami untuk kami melaksanakan apa-apa Tujuan tersebut. Jika anda gagal membekalkan kepada kami data peribadi wajib yang dimintakan, kami mungkin tidak dapat memproseskan data peribadi anda untuk apa-apa Tujuan tersebut.

Jika anda memberikan kami maklumat tentang orang lain, anda mengesahkan bahawa orang lain tersebut telah melantikan anda untuk bertindak bagi pihak beliau dan telah bersetuju bahawa anda boleh:

• memberi kebenaran bagi pihak beliau untuk memproses data peribadi beliau (termasuk apa-apa data peribadi sensitif);
• memberi kebenaran untuk meminda data peribadi beliau ke luar negara;
• menerima bagi pihak beliau apa-apa notis perlindungan data.

Jika anda tidak membenarkan kami untuk memproses data peribadi anda dengan cara yang disebut terdahulu, sila memberitahu kami dengan menghubungi di alamat atau emel yang dinyatakan di atas.

Sila ambil notis bahawa:

• Notis ini adalah dikeluarkan dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris dan dalam apa jua keadaan tidak konsisten, versi bahasa Inggeris akan mengatasi; dan
• Volvo Car Malaysia berhak untuk meminda atau mengubah Notis ini dari semasa ke semasa yang akan dikemas kini secara automatik pada Platform kami. Anda dinasihati untuk melayari Platform kami dari semasa ke semasa. Apa-apa pemindaan kepada Notis ini akan berkuatkuasa setelah pemakluman tersebut. Dengan terus terlibat dengan kami dan/atau mengakses Platform kami setelah penerbitan atau pengeluaran pemakluman mengenai pindaan kepada Notis ini oleh kami, anda akan dianggap telah bersetuju kepada Notis ini (yang telah dipinda dan dikemaskini).